Niat Lakukan Penelitian Penyebab Suami Selingkuh, Mahasiswi Jurusan Syariah Ini Malah Jadi Pelakor
Mahasiswi ternyata jatuh cinta kepada salah seorang responden yang berhasil ia dekati. Ia minta maaf di medsos karena telah menjadi pelakor.
Kajian saya adalah berkaitan kecurangan suami dalam rumah tangga.
Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur etc. pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain.
Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.
Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.
80% dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu.
Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya.
Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang.
Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah;
Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”.
Perempuan di luar yang lebih menggoda.
Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami.
Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari?
